Archive for May, 2007

5.56pm…

Tuesday, May 29th, 2007

today…29th of may 2007…time now,5.34pm…

hahaha…baru abih edit blog..puas tul ari ni duk belek2 slama ni..akhir nya…hahaha…berjaya gak jmp camner nak tmbh lg byk2 kan post ila nih…ari ni ari ke-3 terakhir ila kat company nih…wawawa…sedih gak…but,x sbr rs nak g tmpt baru nih…takut pun da…riso gak klu btul dpt kat putrajaya,coz..X DA UMAH…mn ler nak tggl nnt niih…maleh tul ler nak pikiq…huahuahua…

la laa laaa….

Friday, May 25th, 2007

hikhikhik…alopzz guys….lm dah ila x edit blog nih….hmm..ila sekang ok…bertambah tambah sihat…well,x lm lg ila akan benti kije kat senawang seremban nih…coz…i got new job….kat putrajaya as technician computer..adei…dah lama x godem komputer nih…asyik menjual jerk..ntah leh ke idak,x tau ler…start kat sna 5 jun nih…alhamdullillah la dpt kije under gomen….nak2 lg gaji gomen sekang dah naik ckit kan…wahhh..durian runtuh…hehehe…ari 2 pun,ila da apply poli…poli pun dapat gak..kos dip kejuruteraan mekanikal,intake julai nih ler…actually,nak gak sambung blaja…nak2 lg kos yg ila mntk 2 dpt plak…sonok r gak…k…i’ve got 2 go…da kije nih…wahahaha..ngulor…k guyz…choww..wallaaa…muahh..muahh..muaahh…hahaha…

doktor yg plg bijak…

Friday, May 4th, 2007

Amin baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan, dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata : " Syukurlah, semuanya sudah berlalu…"
"Jangan terlalu yakin", kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi….!"
Yusril yang berada disebelah kiri tempat tidurnya menyela :
"Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulang kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku.."
Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru :
"Adakah sesiapa yang melihat handphone saya?"

papan tanda

Friday, May 4th, 2007

Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain".

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat. Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju..kenapa ditahan?" "Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain" "lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan.

"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda.[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah. Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu,wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu.

" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan.. .adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan "oh…jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."

orang gilak…

Friday, May 4th, 2007

Ada dua pesakit yang dirawat di rumah sakit jiwa sedang menyusun rancangan untuk melarikan diri. Mereka merancang untuk menggunakan tangga yang akan diletakkan di pintu pagar RSJ tersebut. Rancangan itu telah disusun dengan teliti sekali. Sebelum melarikan diri, diutuslah orang gila pertama untuk melihat situasi di depan. Kemudian dia melaporkan pada orang gila kedua. Gila 1 : "Aduh, rancangan kita pasti gagal" Gila 2 : "Mengapa?Apakah pintu keluar dijaga ketat ?" gila 1 : "Tidak, sama sekali tidak ada penjaga" gila 2 : "Jadi mengapa ?’ gila 1 : "Kerana pintunya tidak ada. Dimana kita akan meletakkan tangganya ?"